Khamis, 25 September 2008

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA

Saya sangat bersetuju apabila Kerajaan telah pun bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia 16 september sebagai perayaan Hari Malaysia yg akan disambut di seluruh negara.
"Hari Malaysia akan dijadikan satu sambutan untuk seluruh negara memandangkan tarikh ini merupakan sejarah penggabungan negeri SABAH & SARAWAK dengan TANAH MELAYU", kata Datuk Seri Mohd Shafie Afdal kemarin. Menurutnya perayaan Hari Malaysia tahun ini akan diadakan pada 18 Oktober ini di Sabah ekoran 16 September jatuh pada bulan Ramadhan. Jelasnya lagi tahun depan akan disambut di Sarawak sebelum tahun2 berkutnya diadakan di Semenanjung.
Petikan utusan melayu260908

Ahad, 21 September 2008

AWAS CAMPURTANGAN ZIONIS

Petikan Akhbar Utusan melayu 22-08-2008 (isnin) mengatakan ada pihak tertentu dari AS yang mempergunakan pemimpin pembangkang di negara ini untuk memperkotak katikkan & menghuru-harakan negara kita Malaysia merupakan pemimpin yang disokong oleh Zionis.
Apa komen Anda?

Rabu, 17 September 2008

PERTAHANKAN NEGARAKU

AKHIR2 INI, KALAU KITA TENGOK NEGARA LUAR BERMINAT UNTUK MENCAMPURI URUSAN DALAM NEGARA KITA MALAYSIA.
KENAPA? APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA DARIPADA DI CAMPURI OLEH ORANG LUAR YANG HANYA INGIN MENGHANCURKAN NEGARA KITA

RENUNGAN

WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN,'' TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH, TAATLAH KAMU KEPADA RASULMU DAN TAATLAH KAMU KEPADA PEMIMPIN KAMU".
INSYAALAH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM SENTIASA INGAT AKAN AYAT INI.

Selasa, 9 September 2008

WAHAI BANGSAKU MELAYU

Perpecahan yang berpunca dari pemimpin-pemimpin MELAYU dahulu & sekarang yang bersaing mendapatkan kuasa politik telah membawa kesan terhadap perpecahan suara pengundi Melayu. Lanjutan dari itu telah membuka jarak sosial dan penentangan sesama melayu, akibat wujudnya pengikut-pengikut parti yang fanatik. Penentangan antara pengikut dan penganut parti telah menimbulkan keretakan perhubungan dalam kelompok keluarga Melayu.Perpecahan yang menjadi adat Melayu patut dimusnahkan, bukan menjadi WASIAT nasionalisme Melayu. Generasi sekarang dan akan datang tidak mampu menghadapi cabaran zaman tanpa perpaduan. Juga di ingatkan kepada Kakitangan Kerajaan perlu mewujudkan sikap menjaga kepentingan Melayu, dan bukan sebagai PELINGKUP BANGSA. Kita mengharapkan PERPADUAN sebagai ADAT RESAM MELAYU. Bukan PERPECAHAN yang menjadi tradisi dan adat nenek moyang kita. Seluruh orang MELAYU, fikirkanlah masa depan orang melayu. Jangan sampai BANGSA MELAYU hilang di dunia.
Kenapa orang melayu tidak bersatu, kenapa kita pernah terfikir bahawa betapa susahnya PEJUANG yang sebelum ini membina SEBUAH PERPADUAN. Jahat kah pemimpin kita sekarang ini? Jauh sekali.... Kenapa kita tidak adat rasa SYUKUR ke atas nikmat yang Allah berikan kepada orang MELAYU, negara MALAYSIA sekarang ini..Tidak adakah rasa syukur itu? Renungkanlah wahai bangsaku... I LOVE MELAYU! I LOVE MALAYSIA! I LOVE PAK LAH! ALLAHHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!