Isnin, 24 November 2008

YOGA DIHARAMKAN!!!

Salam....
Apa pandangan saudara saudari tentang YOGA ini..
Bagi orang islam buatlah sesuatu itu berlandaskan ajaran ISLAM!!!

Ahad, 16 November 2008

KENYATAAN RAMASAMY BERBAUR PERKAUMAN TEBAL

PULAU PINANG 16 Nov. - Pemuda UMNO Pulau Pinang menyifatkan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan dasar perkauman tebal apabila menyalahkan UMNO sebagai punca ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam.
Ketuanya, Datuk Mohd. Salim Bari berkata, tuduhan tidak berasas tersebut tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berpendidikan tinggi seperti Ramasamy.
''Kita harap dia akan mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak atas kenyataannya itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah menyifatkan kenyataan Ramasamy itu mampu mencetuskan perbalahan antara kaum.
Dalam pada itu, Mohd. Salim menyifatkan tuduhan Ramasamy sebagai gimik untuk menggambarkan seolah-olah UMNO negeri yang mengawal keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan bukannya parti Gerakan.
Jelasnya, semua orang mengetahui bahawa pengambilan kakitangan sektor awam tidak diuruskan oleh mana-mana parti politik tetapi dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
''Tuduhan liar ini seakan-akan ada agenda tersembunyi pihak pembangkang yang mahu mengaitkan UMNO dengan isu ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri ini. Janganlah memecahbelahkan keharmonian rakyat di negara ini dengan kenyataan-kenyataan yang tidak dikaji terlebih dahulu. Fikir dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan," tegasnya.

Rabu, 5 November 2008

KEMENANGAN NAJIB

Kemenangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding menunjukkan rakyat khususnya ahli2 UMNO yakin terhadap kemampuan dan kewibawaan beliau untuk menerajui dan memimpin parti dan negara ke arah kejayaan. TAHNIAH....