Khamis, 18 Disember 2008

KERAJAAN BN PRIHATIN !!!

Salam muhibbah & Salam perpaduan kepada semua pembaca BLOG yang di kasihi..
Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang begitu prihatin kepada Rakyat.... Namun anggapan di pihak pembangkang sangat berbeza di mana ada di kalangan Ahli Pembangkang menuduh bahawa Kerajaan BN tidak prihatin. Oleh itu, di harap pihak yang berkenaan jangan cakap ikut suka mulut saja... Pikiq dulu sebelum bercakap!!

Isnin, 15 Disember 2008

HARGA MINYAK TURUN LAGI!!!!

Harga minyak petrol n diesel turun lagi... Ini adalah langkah kerajaan yang sangat prihatin kepada rakyat jelata agar menikmati harga minyak dengan harga yang rendah dan untuk mengurangkan beban rakyat yang selam ini menyokong kerajaan kita. Insyaallah kalu ada rezki lagi akan turun lagi minyak nih!

Rabu, 10 Disember 2008

INGAT TUHAN

Dalam kehidupan kita seharian, kita hendaklah sentiasa ingat kepada yang menjadikan kita hidup di dunia ini. Marilah kita bersama2 juga memakmurkan alam ini dengan baik dan amanah agar hidup kita sentiasa di redhai dan di jaga keselamatan kita oleh Allah. Insyaallah..

Isnin, 1 Disember 2008

CHUA SOI LEK WAJIB MINTA MAAF!!!!!!!!!

SALAM........
SAYA NAK KOMEN PASAL CHUA SOI LEK YANG BUAT KENYATAAN PASAL KETUANAN MELAYU NI. DIE SUKE2 CAKAP JAA. KENAPA ORANG MELAYU TIADA MARUAH KA DI TEMPAT SENDIRI. CAKAP TU BERJAGA2.

Isnin, 24 November 2008

YOGA DIHARAMKAN!!!

Salam....
Apa pandangan saudara saudari tentang YOGA ini..
Bagi orang islam buatlah sesuatu itu berlandaskan ajaran ISLAM!!!

Ahad, 16 November 2008

KENYATAAN RAMASAMY BERBAUR PERKAUMAN TEBAL

PULAU PINANG 16 Nov. - Pemuda UMNO Pulau Pinang menyifatkan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan dasar perkauman tebal apabila menyalahkan UMNO sebagai punca ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam.
Ketuanya, Datuk Mohd. Salim Bari berkata, tuduhan tidak berasas tersebut tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin yang berpendidikan tinggi seperti Ramasamy.
''Kita harap dia akan mengemukakan permohonan maaf kepada semua pihak atas kenyataannya itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah menyifatkan kenyataan Ramasamy itu mampu mencetuskan perbalahan antara kaum.
Dalam pada itu, Mohd. Salim menyifatkan tuduhan Ramasamy sebagai gimik untuk menggambarkan seolah-olah UMNO negeri yang mengawal keseluruhan pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan bukannya parti Gerakan.
Jelasnya, semua orang mengetahui bahawa pengambilan kakitangan sektor awam tidak diuruskan oleh mana-mana parti politik tetapi dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
''Tuduhan liar ini seakan-akan ada agenda tersembunyi pihak pembangkang yang mahu mengaitkan UMNO dengan isu ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri ini. Janganlah memecahbelahkan keharmonian rakyat di negara ini dengan kenyataan-kenyataan yang tidak dikaji terlebih dahulu. Fikir dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan," tegasnya.

Rabu, 5 November 2008

KEMENANGAN NAJIB

Kemenangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding menunjukkan rakyat khususnya ahli2 UMNO yakin terhadap kemampuan dan kewibawaan beliau untuk menerajui dan memimpin parti dan negara ke arah kejayaan. TAHNIAH....