Selasa, 27 Mac 2012

Pembangkang Makin Terdesak Guna Taktik Provokasi, Ganas Berdepan PRU 13

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Sejak kebelakangan ini seakan terdapat segintir pihak yang mahu mewujudkan kembali isu-isu sensitif dan mula menimbulkan provokasi di beberapa tempat khususnya kawasan tumpuan ramai bagi atas tujuan tertentu termasuklah agenda politik.Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat tindakan sedemikian ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mewujudkan kekacauan agar ada keresahan atau ketidakselesaan dalam masyarakat yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada aspek sosial untuk ditangani kerajaan.“Apabila sudah dekat dengan pilihan raya maka tentunya pelbagai isu akan cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang apatah lagi sejak akhir-akhir ini tidak ada isu besar yang boleh diketengahkan oleh mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan sedia ada,” katanya kepada UMNO-Online di sini.Ahad lalu, dilaporkan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) telah berhimpun di Putrajaya dengan memecahkan buah tembikai di jalanan dengan ungkapan “nambikei” (kepercayaan) kerana mendakwa kerajaan BN telah menghampakan kepercayaan masyarakat India khususnya berkaitan tuntutan mereka.“Inilah tindakan terdesak puak-puak pembangkang yang mahu menimbulkan suasana tegang apatah lagi taktik serangan peribadi kepada Perdana Menteri tidak mendapat sambutan dan rakyat tidak mengendahkannya.“Pembangkang ini mahu melakukan kekacauan dan kemudiannya akan mempersalahkan BN dan UMNO sebagaimana yang berlaku sebelum ini termasuklah apabila ada pertelingkahan dalaman antara mereka juga, maka BN dipersalahkan.”Jelasnya, sebelum itu juga, banyak kekacauan dan pertelingkahan yang berlaku dalam pembangkang akan dipalitkan kepada UMNO/BN sebagaimana apabila kekecohan di Padang Kota tercetus sehinggakan ada yang tercera ekoran demonstrasi yang dianjurkan oleh pemimpin DAP; malah pemimpin kanan Pas, Badrul Amin ditangkap khalwat juga UMNO dipersalahkan.“Contoh yang saya mahu berikan adalah pemimpin pembangkang yang bertindak kasar dengan membuang bendera-bendera BN apabila mengetahui Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke Pendang sedangkan sewajarnya imej pemimpin tidak akan mempunyai mentaliti rendah sedemikian, walhal menunjukkan kebijaksanaannya.“Ahli-ahli UMNO termasuklah para pemimpinnya tidak pernah bertindak kasar dan melakukan tindakan sebagaimana yang dibuat oleh pakatan pembangkang malahan mereka ini akan melaksanakan janji dan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat.” - MediaUMNO

Tiada ulasan: