AKULAH GHAIBMAN
Perjuangan Untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia Yang Tercinta Kerana Allah S.W.T
Khamis, 17 Mei 2012
TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT
Rabu, 28 Mac 2012
KISAH MUHAMMAD SAW DAN IBLIS - Oleh Nursyirah
Pertanyaan Nabi (1):
“Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?”
Jawab Iblis:
“Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini.”
Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru kerana dicegah oleh Allah. Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad/niat anak Adam supaya menjadi kafir kerana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.”
Pertanyaan Nabi (2):
“Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?”
Jawab Iblis:
“Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka. Aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasrat dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat. Aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa .a, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.”
Pertanyaan Nabi (3):
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”
Jawab Iblis:
“Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takkabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang engkar. Oleh kerana itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum Engkau lahir ke dunia. Aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut. Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut.”
Pertanyaan Nabi (4):
“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?”
Jawab Iblis:
“Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga. Aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalanku”
Pertanyaan Nabi (5):
“Hai Iblis! Jika umatku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis:
“Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya, hilang khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”
Pertanyaan Nabi (6):
“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis:
“Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”
Pertanyaan Nabi (7):
“Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis:
“Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.”
Pertanyaan Nabi (8):
“Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis:
“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan sukacita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”
Pertanyaan Nabi (9):
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawab Iblis:
“Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar - besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana engkau sendiri telah berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu. Aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu kerana engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.
Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku kerana sangat takut. Hal ini kerana imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, “Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”, kerana dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelari ‘Al-Faruq’.
Saidina Usman Al-Affan lagi. Aku tidak bisa bertemu, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”
Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.” Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”
Pertanyaan Nabi (10):
“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?”
Jawab Iblis:
“Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.”
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka aku pun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya. Aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”
Pertanyaan Nabi (11):
“Siapa yang serupa dengan engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam.”
Pertanyaan Nabi (12):
“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”
Pertanyaan Nabi (13):
“Apakah rahsia engkau kepada umatku?”
Jawab Iblis:
“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari.”
Pertanyaan Nabi (14):
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak. Aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah. Aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”
Pertanyaan Nabi (15):
“Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?”
Jawab Iblis:
“Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya.”
Pertanyaan Nabi (16):
“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”
Jawab Iblis:
“Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu hari-hari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Pertanyaan Nabi (17):
“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat.”
Pertanyaan Nabi (18):
“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan sholat tengah malam.”
Pertanyaan Nabi (19):
“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”
Pertanyaan Nabi (20):
“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis:
“Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu
makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda, ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’”
MARI KITA TINGKATKAN IMAN DAN KETAQWAAN MENUJU KEHIDUPAN BAHAGIA LAHIR BATIN DUNIA AKHIRAT.
AMEEN..
Jauhi Fitnah Dajjal
Mengikut hadis riwayat Imran bin Husain ra, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari dajal.” (Riwayat Muslim No 7582).Berdasarkan takrifan dan hadis di atas, kesimpulannya, dajal adalah seorang lelaki kecenderungannya untuk menutup kebenaran dengan kebatilan atau dia menutup kejahatannya di hadapan manusia dengan pembohongannya.
Berkaitan dengan perkara ini Nabi SAW su-dah bersabda yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan ada pada umatku, 30 orang Daj-jal iaitu pembohong besar. Setiap mereka me-ngaku menjadi nabi. Semuanya akan berbo-hong terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya. Aku adalah penutup sekalian nabi. Tidak ada seorang nabi pun selepasku. (Riwayat Ahmad No 10073, Abu Daud No 4336, Abu Ya’la No 5810).Dalam kitab Dalail an-Nubuwwah karangan al-Baihaqi, Nabi SAW sudah menyenaraikan nama mereka, antaranya al-Aswad al-Ansi, Musailamah, al-Mukhtar dan lain-lain. Nabi SAW turut menyebut dalam hadis yang sama, kabilah Arab paling jahat iaitu Bani Umayyah, Bani Hanifah dan Thaqif kerana menolong kalangan pendusta itu. (Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah No 2825).
Menurut keterangan yang dikemukakan oleh Nabi SAW dalam banyak hadis dajal ini adalah seorang lelaki yang masih muda, berkulit merah, pendek, keningnya lebar, dadanya lebar, mata kanannya buta dan keadaannya seperti buah anggur yang menonjol, sementara di atas mata kirinya ada daging yang tumbuh, antara dua matanya tertulis huruf kaf, fa` dan ra` secara terputus-putus. Jarak antara dua betisnya berjauhan dan rambutnya kerinting. Huruf-huruf yang terpampang di atas dahinya itu dapat dibaca oleh setiap Muslim. Dan antara sifatnya yang lain adalah dia mandul dan tidak memiliki anak.
Imam Nawawi menjelaskan dalam Syarah Muslim, tulisan pada dahi dajal ini nampak dengan jelas. Ia adalah hakiki, yang dijadikan Allah SWT sebagai tanda pelbagai kekufuran, pembohongan dan kejahatannya.Dajal ini suatu ujian yang timbul pada akhir zaman kepada manusia. Dajal turut dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang amat luar biasa seperti menghidup dan mematikan manusia. Dia juga mampu memberikan kesenangan kepada pihak yang menyokongnya dan menganiayai pihak yang menentangnya. Dia memiliki syurga dan neraka dan kemampuan menurunkan hujan. Bagaimanapun, semuanya terjadi dengan kehendak Allah SWT. Dalam hadis, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya bersama dengannya ada air dan api, maka apinya adalah api yang dingin dan airnya seperti api. Maka janganlah kamu terpedaya.” (Riwayat Muslim No 7553).
Kesimpulannya, saya kemukakan penjelasan al-Qadhi Iyadh, beliau berkata, maksudnya: “Hadis-hadis diriwayatkan Imam Muslim dan yang lain adalah hujah yang benar yang menetapkan kewujudan dajal.Sesungguhnya dia adalah manusia secara hakiki dijadikan Allah SWT sebagai ujian untuk hamba-hamba-Nya dengan cara yang sudah ditentukan, berupa kemampuan menghidupkan orang yang dia sudah bunuh dan kelihatan segala macam kegemerlapan dunia dengan kesuburan bersamanya, syurga dan nerakanya, dua sungainya dan khazanah bumi yang mengikutinya, perintahnya agar hujan diturunkan sehingga turunlah hujandan kemampuannya menumbuhkan pokok di muka bumi semuanya atas keizinan Allah SWT.
Kemudian Allah SWT akan melemahkannya selepas itu hingga dia tidak lagi mampu membunuh orang itu dan selainnya. Kemudian datanglah Isa untuk misi membunuhnya lalu Allah SWT menetapkan keimanan orang-orang yang beriman.Demikianlah mazhab ahli Sunnah dan semua ulama hadis serta fuqaha, berbeza daripada pandangan golongan yang mengingkari seperti Khawarij, Jahmiyyah dan sebahagian Muktazilah beranggapan semua perkara luar biasa itu adalah khayalan.Akhirnya menyedari bahaya tipu daya dajal ini, Nabi SAW sudah mengemukakan panduan yang wajar diambil berat oleh umat Islam iaitu:
1. Berpegang teguh dengan Islam. Hanya golongan mukmin yang benar-benar memahami aqidah Islam saja yang akan dapat menolak fitnah dajal. Contohnya mengenali sifat-sifat Allah SWT akan menyebabkan seseorang membezakan antara manusia yang hodoh ini dengan Allah SWT yang tidak dapat digambarkan dengan apa juga gambaran.
2. Memohon perlindungan daripada fitnah dajal. Nabi SAW menganjurkan kita mengamalkan doa perlindungan kepada Allah SWT dalam tasyahud akhir sebelum memberikan salam. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi SAW kerap berdoa dalam solat baginda, yang bermaksud: “Ya Allah ku pohon perlindungan dari azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah Al-Masih Al-Dajal. Ya Allah, ku pohon perlindungan dari dosa dan hutang. (Ya Allah aku sudah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang). (HR al-Bukhari No 832 ,834, 6326, 7387, 7388 dan Muslim No 589, 2705).
3. Menghafaz beberapa ayat dari surah al-Kahfi. Sebagai contoh dalam hadis Nabi bersabda maksudnya: Barang siapa yang bertemu dengan dajal itu maka bacakanlah olehmu permulaan surah al-Kahfi. (Riwayat Muslim)
4. Menjauhi Dajjal. Lebih utama daripada itu, kita digalakkan berada atau mendiami Makkah dan Madinah kerana Allah SWT mengharamkan Dajjal daripada memasuki ke dua-dua tempat ini. Seperti sudah dijelaskan, dajal mampu mempengaruhi sesiapa menyaksikan kehebatannya untuk mentaatinya. Maka wajarlah bagi setiap Muslim menghindari atau mendekati dajal ini.
Akhir sekali saya mencadangkan kepada penanya dan pembaca agar mengkaji peristiwa akhir zaman yang berlaku menerusi penjelasan Nabi SAW daripada kitab-kitab hadis contohnya Riyadhus Salihin susunan al-Imam al-Nawawi.Tulisan Yusuf al-Wabil dalam kitab Asyratus Sa’ah juga adalah sebuah kajian amat baik menerusi penelitian dan susunan amat jelas juga akan membantu memahami peristiwa akhir zaman akan berlaku. Kedua-dua karya ini sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai Riyadhus Salihin dan Hari Kiamat Sudah Dekat, diterbitkan Pustaka Ibn Kathir.
Selasa, 27 Mac 2012
Pembangkang Makin Terdesak Guna Taktik Provokasi, Ganas Berdepan PRU 13
KUALA LUMPUR, 28 Mac – Sejak kebelakangan ini seakan terdapat segintir pihak yang mahu mewujudkan kembali isu-isu sensitif dan mula menimbulkan provokasi di beberapa tempat khususnya kawasan tumpuan ramai bagi atas tujuan tertentu termasuklah agenda politik.Aktivis politik tempatan, Datuk Osman Abdul melihat tindakan sedemikian ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mewujudkan kekacauan agar ada keresahan atau ketidakselesaan dalam masyarakat yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada aspek sosial untuk ditangani kerajaan.“Apabila sudah dekat dengan pilihan raya maka tentunya pelbagai isu akan cuba ditimbulkan oleh pihak pembangkang apatah lagi sejak akhir-akhir ini tidak ada isu besar yang boleh diketengahkan oleh mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan sedia ada,” katanya kepada UMNO-Online di sini.Ahad lalu, dilaporkan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) telah berhimpun di Putrajaya dengan memecahkan buah tembikai di jalanan dengan ungkapan “nambikei” (kepercayaan) kerana mendakwa kerajaan BN telah menghampakan kepercayaan masyarakat India khususnya berkaitan tuntutan mereka.“Inilah tindakan terdesak puak-puak pembangkang yang mahu menimbulkan suasana tegang apatah lagi taktik serangan peribadi kepada Perdana Menteri tidak mendapat sambutan dan rakyat tidak mengendahkannya.“Pembangkang ini mahu melakukan kekacauan dan kemudiannya akan mempersalahkan BN dan UMNO sebagaimana yang berlaku sebelum ini termasuklah apabila ada pertelingkahan dalaman antara mereka juga, maka BN dipersalahkan.”Jelasnya, sebelum itu juga, banyak kekacauan dan pertelingkahan yang berlaku dalam pembangkang akan dipalitkan kepada UMNO/BN sebagaimana apabila kekecohan di Padang Kota tercetus sehinggakan ada yang tercera ekoran demonstrasi yang dianjurkan oleh pemimpin DAP; malah pemimpin kanan Pas, Badrul Amin ditangkap khalwat juga UMNO dipersalahkan.“Contoh yang saya mahu berikan adalah pemimpin pembangkang yang bertindak kasar dengan membuang bendera-bendera BN apabila mengetahui Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke Pendang sedangkan sewajarnya imej pemimpin tidak akan mempunyai mentaliti rendah sedemikian, walhal menunjukkan kebijaksanaannya.“Ahli-ahli UMNO termasuklah para pemimpinnya tidak pernah bertindak kasar dan melakukan tindakan sebagaimana yang dibuat oleh pakatan pembangkang malahan mereka ini akan melaksanakan janji dan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk berkhidmat kepada rakyat.” - MediaUMNO
Isnin, 24 Oktober 2011
House PK: CILI KASI TARUK! PAS MARAH DENGAN ELTON JOHN TAPI ...
Khamis, 25 Ogos 2011
KEPIMPINAN RASULULLAH YG PATUT DICONTOHI
Isnin, 15 Ogos 2011
Al Kisah Nabi Nuh as
Nabi Nuh adalah Nabi ke4 sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan ke9 dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.
Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya
Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung- patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan. Berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka. Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".
Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar- pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.
Nabi Nuh Berputus Asa Dari Kaumnya
Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam.
Di zama yang serba moden ini, moga-moga kita sebagai khalifah di muka bumi ini janganlah bersikap sombong, lupa diri, alpa dengan nikmat duniawi ini. Kerna apa yang pasti Ukhrawi kekal abadi menanti kita!!