Selasa, 9 September 2008

WAHAI BANGSAKU MELAYU

Perpecahan yang berpunca dari pemimpin-pemimpin MELAYU dahulu & sekarang yang bersaing mendapatkan kuasa politik telah membawa kesan terhadap perpecahan suara pengundi Melayu. Lanjutan dari itu telah membuka jarak sosial dan penentangan sesama melayu, akibat wujudnya pengikut-pengikut parti yang fanatik. Penentangan antara pengikut dan penganut parti telah menimbulkan keretakan perhubungan dalam kelompok keluarga Melayu.Perpecahan yang menjadi adat Melayu patut dimusnahkan, bukan menjadi WASIAT nasionalisme Melayu. Generasi sekarang dan akan datang tidak mampu menghadapi cabaran zaman tanpa perpaduan. Juga di ingatkan kepada Kakitangan Kerajaan perlu mewujudkan sikap menjaga kepentingan Melayu, dan bukan sebagai PELINGKUP BANGSA. Kita mengharapkan PERPADUAN sebagai ADAT RESAM MELAYU. Bukan PERPECAHAN yang menjadi tradisi dan adat nenek moyang kita. Seluruh orang MELAYU, fikirkanlah masa depan orang melayu. Jangan sampai BANGSA MELAYU hilang di dunia.
Kenapa orang melayu tidak bersatu, kenapa kita pernah terfikir bahawa betapa susahnya PEJUANG yang sebelum ini membina SEBUAH PERPADUAN. Jahat kah pemimpin kita sekarang ini? Jauh sekali.... Kenapa kita tidak adat rasa SYUKUR ke atas nikmat yang Allah berikan kepada orang MELAYU, negara MALAYSIA sekarang ini..Tidak adakah rasa syukur itu? Renungkanlah wahai bangsaku... I LOVE MELAYU! I LOVE MALAYSIA! I LOVE PAK LAH! ALLAHHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Tiada ulasan: